tinggalkan jejak anda dibawah!

Thursday, 29 April 2010

stall burger serdang raya

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. malam ni tiada apa-apa yang menarik selain daripada pegi pasar beli ikan.hehe..sambil-sambil membeli dan belah, ada pulak seekor anak kucing yang berumur lebih kurang dalam darjah 4..kecik lagi, mengiau-ngiau kelaparan. teringat pulak kucing saya yang dirumah tu..kesian..yang dirumah lupa bagi makan, yang dekat pasar ni pun takda benda nak bagi makan sebab apa yang ada cumalah ikan siakap seberat 1 kilogram dan juga udang saiz L.. takkan nak bagi kot..wife saya beli ngam-ngam untuk masak besok ada tetamu kehormat esok.

klik gambar untuk fullsize


oklah, cerita pasal makan...ini ada satu stall jual burger..memang selalu lah saya beli burger dekat sini..dalam banyak-banyak burger dekat seri kembangan ni, burger ni NO 2 paling sedap....daging memang lembut...macam daging burger mcd rasenya..sos pulak ngam-ngam..tak leleh, tak kering sangat..roti pula di penyek-penyek kan bagi mendapatkan roti yang garing didalam dan lembut diluarannya.

sedap-sedap..macam biasa lah range harga burger kat mana-mana pun, start RM2.00 (biasa). kalau spesel RM2.80..ada pulak DOUBLE SPESEL..memang sodap lah....

klik gambar untuk fullsize
kat sini saya siap bagi lokasinya..nak tau kar mana? area ni betul-betul lah dekat sebelah Tol Sunga Besi. mana la tau korang sesat kat sini, lepas tu lapar plak, lepas tu teringin nak makan burger, bolehlah singgah kat kedai ni. betul-betul terletak depan surau...nak tau kenapa burger ni NO. 2 best dekat seri kembangan????
sebabnya yang NO 1 tu burger yang saya jual lah dulu...hehehe..sekian terima kasih..

^BONO^

cara mengatasi masalah tidur


salam sejahtera semua.ini baru je post yang ketiga. kenapa? sebab saya pun baru nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan ni. pagi ini memang mengantuk sangat pergi kerja. rasa macam nak tidur je dekat pejabat, tapi tak boleh sebab bos ada da...


lagi satu nak share, tahniah lah kepada inter milan kerana mempunyai pertahanan yang sangat mantap walaupun bermain hanya dengan 10 pemain. hehe.


okay2. ni nak cerita sikit tips-tips macam mana nak dapat tidur yang nyenyak. tidur yang nyenyak akan dapat membantu tubuh kita berehat dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit.


kajian menunjukkan insomnia (susah untuk tidur,selalu berjaga di tengah malam dan kualiti tidur yang rendah) telah merebak dikalangan golongan dewasa sebanyak 45%!. lebih kurang seorang dari 2 orang mempunyai masalah tidur. insomnia berkait rapat dengan masalah kesihatan seseorang dalam memberi perhatian ketika berkerja,belajar dan bersukan. akibatnya, ramai yang mengalami masalah ini terjebak dengan masalah tekanan mental dan penyalahgunaan dadah dan alkohol. di bawah merupakan tips yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah tidur :
  1. tidurlah mengikut jadual dan biasakan diri untuk tidur dan bangun pada masa yang kita telah tetapkan.
  2. bina persekitaran yang kita rasakan boleh membuat kita tidur. contohnya, padamkan lampu, tutup tv atau radio dan juga pengudaraan yang baik.
  3. jangan biarkan diri anda tertekan atau memikirkan sesuatu ketika anda hendak tidur. Ini akan menganggu fikiran anda dan menyebabkan otak anda berkerja untuk menyelesaikan masalah itu sehingga menyebabkan anda susah untuk tidur.
  4. elakkan meminum kopi atau minuman yang mempunyai kaffeine/alkohol. kalau nak tidur pukul 10, paling lewat boleh minum, pukul 8.
  5. carilah sebab untuk anda tidur. elakkan tidur pada waktu petang. seeloknya bersenamlah 30 minit sehari dan 4 jam sebelum masuk tidur.
lagi satu nak tambah, tidur yang nyenyak tidak bermaksud kita tidur lebih 8 jam!. sekurang-kurangnya antara 6-8 jam waktu tidur.(dapat tips masa kursus kahwin dulu) 
jadi kalau ada masalah tidur, bolehlah refer dekat sini. tidur yang nyenyak dapat mencegah macam-macam penyakit. sekian terima kasih.

Wednesday, 28 April 2010

boleh ke?


"keputusan 3-1 nampak kekalahan yang besar tetapi hakikatnya ia sama seperti 1-0. jika anda lihat kepada dua perlawanan liga Juara-juara kami di tempat sendiri, berapa banyak gol yang kami jaringkan?"...itulah kata-kata daripada zlatan ibrahimovic yang sangat overkonfiden untuk perlawanan malam ini. boleh ke barcelona mengulangi kemenangan seperti lawan arsenal dan stuttgart? saya harap-haraplah yang barcelona kena lagi malam ni...hehehe...bagi inter pegi final...lagipun jose mourinho ni kan dulu-dulu bekas defender (tp team division 2)..hehe..mentaliti dia mesti ada mentaliti seorang defender..memang sukar lah rasanya barcelona nak tembus..sama-samalah kita lihat pagi nanti yer...you'll never walk alone..hehe

*liverpool tetap dihati..

apa itu blog?


salam sejahtera semua.apa itu blog?kalau nak ikut dari wikipedia “Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian“. sampai sekarang pun masih tak paham lagi cara blog ni berfungsi kepada orang ramai. tapi takpa, orang mat salleh cakap practice makes perfect. pelan-pelan kayuh….

ShoutMix chat widget