tinggalkan jejak anda dibawah!

Thursday, 29 April 2010

cara mengatasi masalah tidur


salam sejahtera semua.ini baru je post yang ketiga. kenapa? sebab saya pun baru nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan ni. pagi ini memang mengantuk sangat pergi kerja. rasa macam nak tidur je dekat pejabat, tapi tak boleh sebab bos ada da...


lagi satu nak share, tahniah lah kepada inter milan kerana mempunyai pertahanan yang sangat mantap walaupun bermain hanya dengan 10 pemain. hehe.


okay2. ni nak cerita sikit tips-tips macam mana nak dapat tidur yang nyenyak. tidur yang nyenyak akan dapat membantu tubuh kita berehat dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit.


kajian menunjukkan insomnia (susah untuk tidur,selalu berjaga di tengah malam dan kualiti tidur yang rendah) telah merebak dikalangan golongan dewasa sebanyak 45%!. lebih kurang seorang dari 2 orang mempunyai masalah tidur. insomnia berkait rapat dengan masalah kesihatan seseorang dalam memberi perhatian ketika berkerja,belajar dan bersukan. akibatnya, ramai yang mengalami masalah ini terjebak dengan masalah tekanan mental dan penyalahgunaan dadah dan alkohol. di bawah merupakan tips yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah tidur :
  1. tidurlah mengikut jadual dan biasakan diri untuk tidur dan bangun pada masa yang kita telah tetapkan.
  2. bina persekitaran yang kita rasakan boleh membuat kita tidur. contohnya, padamkan lampu, tutup tv atau radio dan juga pengudaraan yang baik.
  3. jangan biarkan diri anda tertekan atau memikirkan sesuatu ketika anda hendak tidur. Ini akan menganggu fikiran anda dan menyebabkan otak anda berkerja untuk menyelesaikan masalah itu sehingga menyebabkan anda susah untuk tidur.
  4. elakkan meminum kopi atau minuman yang mempunyai kaffeine/alkohol. kalau nak tidur pukul 10, paling lewat boleh minum, pukul 8.
  5. carilah sebab untuk anda tidur. elakkan tidur pada waktu petang. seeloknya bersenamlah 30 minit sehari dan 4 jam sebelum masuk tidur.
lagi satu nak tambah, tidur yang nyenyak tidak bermaksud kita tidur lebih 8 jam!. sekurang-kurangnya antara 6-8 jam waktu tidur.(dapat tips masa kursus kahwin dulu) 
jadi kalau ada masalah tidur, bolehlah refer dekat sini. tidur yang nyenyak dapat mencegah macam-macam penyakit. sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget