tinggalkan jejak anda dibawah!

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, 4 May 2010

virus Worm.Tearec.A yang ganas

assalamualaikum dan salam sejahtera..hari ni agak sibuk ditempat kerja..ramai orang yang cuti sakit..cuaca tak menentu..ada yang kena suspek h1n1.. macam-macam karenah..jadi yang tinggal untuk standby hanya saya dan kawan saya sahajalah (membantu rakan dalam kesusahan).. nama pun unit operasi..kenalah tolong walaupun secara profesionalnya kerja saya lebih kepada pengaturcaraan..kepada rakan-rakan yang kurang sihat, diharap cepat sembuh..(nasib baik antibodi saya kuat) hehehe..

di tempat kerja saya ada satu isu iaitu virus..isu ni dah lama dah pun..cuma belum lagi ada jalan penyelesaiannya..ada macam-macam antivirus seperti Panda, Mcafee, Kaspersky, Avira dan lain-lain..masalahnya, adakah semua antivirus ni berkesan untuk menahan serangan-serangan virus-virus yang tidak bertanggungjawab itu?

saya nak cerita pasal satu virus ni..namanya ialah Tearec. virus ini merebak melalui rangkaian komputer (local network) ataupun melalui emel (email)..kenapa saya cakap virus ini bahaya??...erm..senang jer..selang 3 hari virus ini akan overwrite semua content yang terdapat dalam dokumen seperti doc,docx,xls, dan yang sewaktu dengannya dengan perkataan " DATA Error [47 0F 94 93 F4 K5] "...sakit hati tak??heheh..penat-penat taip paperwork panjang lebar, last-last dapat DATA Error [47 0F 94 93 F4 K5]..nasib baiklah pc Bean Moreno kita tu tak kena virus ni masa kami siapkan paperwork final projek kami..kalau tak pengsanlah nak kena taip balik semua...

bukan itu sahaja...virus ni kalau tidak diambil tindakan dengan segera, dia boleh delete semua file *.exe yang terdapat dalam folder-folder antivirus anda..bila dah jadi macam tu, memang antivirus dah tak jalan dah...dia juga akan ubah registry pc kita..jadi berhati-hati lah dengan virus ini..selalulah keep up to date antivirus anda dan security update untuk microsoft windows (bagi yang pakai microsoft)...kenapa lah microsoft ni jadi sasaran virus..huhu..nasib baiklah saya dah ada Mcafee Antivirus yang Ori....kebal-kebal...
salah satu cara nak remove benda ni, download lah Tearec.A removal tools di Sofpedia. dibawah saya lampirkan sikit description untuk virus ni..kepada sesiapa yang rasa banyak dokumen penting dalam pc masing-masing, hati-hati ye...sekian, terima kasih..

Malware nameWorm.Tearec.A
TypeWorm
Affected platformWin32
Media-Typeapplication/executable
MD5 checksum1C237C5AF9C4C344EAAC451B2EF5459C
Static fileyes
Filesize94,154 Bytes
Wildlist entryyes
Alias names
(also known as)
SophosW32/Nyxem-H
McAfeeW32/Generic.worm!p2p
CA ETrustWin32/Blackmal.G
Protection
Webwasher Anti Malware6036.97.x
Side effects
  • Disable security applications
  • Uses its own Email engine
  • Lowers security settings
  • Registry modification
Propagation
  • Email
  • Local network

Thursday, 29 April 2010

cara mengatasi masalah tidur


salam sejahtera semua.ini baru je post yang ketiga. kenapa? sebab saya pun baru nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan ni. pagi ini memang mengantuk sangat pergi kerja. rasa macam nak tidur je dekat pejabat, tapi tak boleh sebab bos ada da...


lagi satu nak share, tahniah lah kepada inter milan kerana mempunyai pertahanan yang sangat mantap walaupun bermain hanya dengan 10 pemain. hehe.


okay2. ni nak cerita sikit tips-tips macam mana nak dapat tidur yang nyenyak. tidur yang nyenyak akan dapat membantu tubuh kita berehat dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit.


kajian menunjukkan insomnia (susah untuk tidur,selalu berjaga di tengah malam dan kualiti tidur yang rendah) telah merebak dikalangan golongan dewasa sebanyak 45%!. lebih kurang seorang dari 2 orang mempunyai masalah tidur. insomnia berkait rapat dengan masalah kesihatan seseorang dalam memberi perhatian ketika berkerja,belajar dan bersukan. akibatnya, ramai yang mengalami masalah ini terjebak dengan masalah tekanan mental dan penyalahgunaan dadah dan alkohol. di bawah merupakan tips yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah tidur :
  1. tidurlah mengikut jadual dan biasakan diri untuk tidur dan bangun pada masa yang kita telah tetapkan.
  2. bina persekitaran yang kita rasakan boleh membuat kita tidur. contohnya, padamkan lampu, tutup tv atau radio dan juga pengudaraan yang baik.
  3. jangan biarkan diri anda tertekan atau memikirkan sesuatu ketika anda hendak tidur. Ini akan menganggu fikiran anda dan menyebabkan otak anda berkerja untuk menyelesaikan masalah itu sehingga menyebabkan anda susah untuk tidur.
  4. elakkan meminum kopi atau minuman yang mempunyai kaffeine/alkohol. kalau nak tidur pukul 10, paling lewat boleh minum, pukul 8.
  5. carilah sebab untuk anda tidur. elakkan tidur pada waktu petang. seeloknya bersenamlah 30 minit sehari dan 4 jam sebelum masuk tidur.
lagi satu nak tambah, tidur yang nyenyak tidak bermaksud kita tidur lebih 8 jam!. sekurang-kurangnya antara 6-8 jam waktu tidur.(dapat tips masa kursus kahwin dulu) 
jadi kalau ada masalah tidur, bolehlah refer dekat sini. tidur yang nyenyak dapat mencegah macam-macam penyakit. sekian terima kasih.

ShoutMix chat widget