tinggalkan jejak anda dibawah!

Tuesday, 19 April 2011

homemade beef burger

hi, lama dah tak post apa-apa kat blog ni. tak sedar dah setahun dah..hahaha...harini ini saya ingin tunjukkan cara-cara menyediakan homemade beef burger atau dalam bahada malaysianya ialah burger daging buatan rumah...ramuan-ramuan yang diperlukan adalah seperti berikut :

beef patties


  • daging hancur 100gm
  • bawang merah dicincang halus-halus...
  • garam, lada putih, lada hitam secukup rasa..to taste.....


lain-lain

  • bawang kuning, tomato dan keju untuk hiasan.
  • roti bun / roti burger..mana yang ada..asal boleh..
  • tepung gandum, telur dan serbuk roti untuk menyalut daging itu.
bahan-bahan diatas adalah untuk hidangan 2 orang. f.y.i, seketul daging burger yang mempunyai berat 50gm adalah besar...kenyang.....haha..

daging hancur

bawang merah, bawang kuning, tomato dan keju
cara-cara
  • goreng bawang merah sehingga naik baunya...ermmmm....sedapnya..
  • kemudian campurkan bawang yang telah digoreng tadi kedalam daging hancur dan gaulkan dia menggunakan tangan yang suci dan bersih.
  • campurkan garam, lada putih dan lada hitam kedalam ramuan tadi.
  • bentukkan daging burger mengikut citarasa dan gaya anda yang tersendiri.
  • selepas itu letakkan perlahan-lahan daging yang telah dibentuk itu kedalam tepung dan salutkan daging itu dengan tepung gandum itu.
daging yang telah disalut dengan serbuk roti
  • kemudian sapukan telur ke daging berkenaan dan salut daging berkenaan dengan serbuk roti. itu akan menjadikan daging berkenaan mempunyai bahagian luar yang agak rangup ketika dimakan...yumyum..
  • daging sedia untuk digoreng dengan mentega yang sedikit. kurangkan minyak untuk kesihatan..
  • pastikan memasak dengan api yang perlahan.
  • sementara sedang menggoreng daging tadi, bakarkan siap roti dan letakkan keju diatas roti berkenaan. kerana apabila daging siap digoreng, anda boleh terus letakkan daging yang panas tadi diatas keju berkenaan dan ini akan menjadikan keju itu cair...wow!
  • selepas itu sapukan mayonis dan letak hiasan mengikut citarasa anda dan burger sedia untuk dimakan.
hidangan ini sesuai dimakan pada bila-bila masa dan sesuai dihidangkan dengan air fresh oren..
sekian terima kasih.

homemade beef burger (mini patties)
 



1 comment:


ShoutMix chat widget