tinggalkan jejak anda dibawah!

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Monday, 10 May 2010

adakah bono seorang bapa yang cool?

salam sejahtera dan selamat malam semua.saya ada satu kisah menarik yang nak dikongsikan untuk hari ini.saya telah berkesempatan untuk menjadi bapa untuk 3 hari.hehe.oklah tu.dapat belajar la sikit cara-cara untuk menjadi bapa kepada seorang anak. nak saya kenalkan dulu nama kanak-kanak yang bertuah kerana mendapat jagaan saya itu?

syakir nama diberi
hehe.inilah dia kanak-kanak yang bertuah.memang kalau ingatan dia kuat, sampai bila-bila lah dia akan ingat hari bertuah dia duduk di rumah saya.hehe..syakir ni ialah anak kepada kawan saya yang bernama jamir@jamil.kenapa dia ada di rumah saya? keluarganya telah meninggalkannya kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan.hehehe.

hari yang pertama : syakir sampai di rumah saya. tanpa segan dan silu terus merebahkan badannya lalu tertidur di atas toto yang telah saya bentangkan dihadapan televisyen. 4 jam kemudian, syakir terjaga dari tidurnya sambil meraung-raung memanggil ibu, tapi hanya bertahan beberapa saat sebelum ia merebahkan semula badannya dan menutup mukanya dengan bantal. begitulah aktiviti syakir pada malam hari.

hari kedua : kami bangun seawal pagi dan melihat syakir masih lagi tidur dengan nyenyak. tidak sampai hati kami untuk mengejutkan dia.tapi apakan daya, saya terpaksa kerana isteri saya perlu memandikan dia. apa yang boleh saya buat ialah sambung tidur.hehehe

hari kedua (tengah hari) : setelah menghantar isteri saya ke MESRA... (sekolah memandu) jadi, saya secara solo telah diberi tangungjawab untuk menjaga syakir. jadim saya pun mendudukkan syakir di kerusi bayi yang terdapat dikereta saya dan membawa syakir untuk bersiar-siar. setelah penat bersiar, saya bawa syakir pulang ke rumah sambil memakan keropok yang saya beli untuk syakir. sampai sahaja dirumah, syakir yang telah keletihan terus tidur di tempat yang saya sediakan.
syakir dan darli darki
hari kedua (petang) : pada waktu petang, masa untuk membawa syakir bersiar-siar. kali ini kami membawa syakir ke jusco cheras selatan. setibanya disana, kami belikan syakir bubur ayam mcd yang sungguh menyelerakan. saya hanya membeli buah-buahan kerana telah kenyang melihat syakir makan.selang beberapa minat selepas makan, sesuatu yang luar biasa berlaku. kedengaran satu bunyi yang kuat keluar dari belakang syakir. Ya Allah....syakir kentut. bunyi seperti orang dewasa. kami ketawa terbahak-bahak..selepas kejadian itu, syakir mula menjadi tak keruan..rupanya, syakir telah membuang air besar..kami pun serta-merta membesihkan najis itu.

hari ketiga : seperti biasa, aktiviti syakir bermain-main bersama saya dan juga darli. pada hari ketiga tiada kejadian yang aneh berlaku. keluarga syakir telah pun menelefon kami untuk datang mengambil syakir pulang kerumah. tepat jam 10 malam, keluarga syakir tiba dirumah saya dan membawa syakir pulang. saya sempat bermain dengan syakir sebelum syakir pulang semula kerumahnya.
begitulah kisah saya semasa diberi peluang untuk menjaga syakir. jadi, adakah saya ini seorang bapa yang cool? hehe..jawapannya ada ditangan anda. sekian, terima kasih.





Saturday, 8 May 2010

nama saya nurlisa

hi sume....nama saya lisa..nama penuh saya nurlisa binti azman..saya tinggal di bandar seri putra bangi..tapi saya selalu tidur dekat rumah nenek..rumah nenek dekat belakang jer..hari-hari saya pegi rumah nenek..saya berumur 4 tahun..saya baru je sambut harijadi saya haritu..haritu masa hari rabu..saya suruh paksu saya beli hadiah.lepas tu suruh mama pun beli hadiah..uncle dengan auntie pun kena beli hadiah...hehe..masa harijadi tu lisa nak ajak kawan-kawan lisa..fatini,adik fatini,danish,dengan adik danish..lagi lisa nak ajak nenek, ajak auntie dengan uncle..ajak paksu dengan maksu..lagi nak ajak angah..semua kena datang tau..

lisa dengan maksu...
erm..masa harijadi haritu, fatini dengan adik fatini dengan danish dengan adik danish tak datang pun..sebab malam..hujan turun..tapi yang lain semua bawak hadiah..tapi ringan jer hadiah-hadiah tu...lisa ingatkan berat..maksu dengan paksu datang lambat..tak dapat tengok lisa tiup lilin..hadiah paksu hadiah paling ringan..naktau tak paksu bagi ape??hehe..paksu bagi topi kertas besday..dengan mainan tiup-tiup..best-best..adik pi pun main sekali...tapi adik pi punya sekejap je rosak sebab dia makan mainan yang tiup-tiup tu..uncle dengan auntie pulak bagi kertas conteng dengan mainan sambung-sambung..best jugak...hehe...last sekali yang maksu bagi..maksu bagi baju gaun kaler pink..cantek..tapi lisa malu la nak pakai..ramai orang..hehe..semua happy masa harijadi lisa..rugi tak ikut...itu saja lisa nak cakap..bye-bye..hehe

lisa dengan paksu..paksu masam la..hehehe..hidung kembang..
nak tengok lagi ke gambar lisa? cuba pergi dekat www.flickr.com/photos/the_biskut

Monday, 3 May 2010

hasil yang pertama

assalamualaikum...post pendek untuk lunchtime...hari ni rase bangga pun ada..hahaha..bagi saya memang bangga dan rasa apa yang saya usahakan ni menampakkan hasil...tiba-tiba tergerak hati nak tengok laman web nuffnang...tiba-tiba ternampak skrin ini : -
mula-mula macam kelakar jer..tapi selepas itu barulah saya sedar yang saya perlu berusaha lagi jika mahu mencapai kejayaan..macam motto sekolah rendah dulu ' usaha pasti jaya ' ....kena belajar banyak lagi pasal blogging ni....belajar cara penulisan..macam-macam lah...walaupun hanya beberapa sen, tapi okaylah..syukur alhamdulillah...okay-okay...masa untuk sambung kerja semula...mengadap web jer..sebab memang kerja saya macam tu..huhu.bye-bye dan assalamualaikum....

Wednesday, 28 April 2010

apa itu blog?


salam sejahtera semua.apa itu blog?kalau nak ikut dari wikipedia “Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian“. sampai sekarang pun masih tak paham lagi cara blog ni berfungsi kepada orang ramai. tapi takpa, orang mat salleh cakap practice makes perfect. pelan-pelan kayuh….

ShoutMix chat widget