tinggalkan jejak anda dibawah!

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, 24 May 2010

kedai mamak maideen - jalan sg besi

assalamualaikum semua..hari ini saya nak share satu tempat ni..tempat ini memang sesuailah untuk tempat kita melepak-lepak dan bersembang sehingga lewat malam. kalau tidak silap saya, kedai ini buka pada jam 6 petang sehinggalah jam 12 malam. apa yang istimewa sangat dengan kedai mamak ni kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain?

penjual rokok sedang memikirkan masa depan



pertama sekali, bagi saya kedai ini sangat istimewa kerana arwah ayah saya selalu bawa kami sekeluarga makan di sini sejak saya di bangku sekolah lagi..iaitu lebih kurang 10 tahun yang lepas..untuk pengetahuan semua juga, semenjak dulu sampailah sekarang kedai ini tidak pernah berubah..pekerja yang saya jumpa 10 tahun lepas, masih lagi bekerja disini dan masih lagi ingat ahli keluarga saya walaupun sudah lama tidak singgah disini. jadi, banyak sangat lah kenangan kami di kedai ini..

yang kedua, servis yang baik..makanan akan sampai dalam masa kurang dari 10 minit untuk makanan yang digoreng..macam roti canai kadang-kadang dah siap masak..nampak macam biasa punya mamak kan??hehe..makanan kat sini bagi saya 90% sedap dan menepati citarasa..daripada roti canai, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, sup kambing/ayam dan macam-macam lagi.semuanya sedap. kepada goblogbyfarah, kalau nak try nasi lemak silalah dtg ke sini kalau sudi ek..kedai mamak jer..

okay, sementara tu nak share la jugak menu saya untuk hari ini yer..makan simple jer..

air teh ais. sape yang bercadang untuk ke sini, mestilah order teh ais. dah lebih 10 orang saya ajak lepak disini, dan semua order teh ais dan semuanya teruja dengan kesedapan teh aisnya..antara teh ais paling best..

 makanan saya..roti canai 2 keping..sekeping tak cukup..sebab sedap..kedai ini sahaja lah saya makan roti canai. kedai mamak yang lain jgn harap..hehe

tak lengkap roti canai kalau takda kari kaki ayam!

menu isteri saya = mee goreng mamak..

dahaga.....

okay, berbalik semula dengan kedai ini..lagi satu yang istimewa kedai ini..walaupun tidak dilengkapi dengan sistem audio video yang canggih dan langganan astro, kedai ini memang tiap-tiap hari penuh dengan orang..selalunya dari jam 9 malam. sememangnya kedai 1Malaysia.. melayu ada, cina ada, india ada, bukan senang nak tengok orang cina bawak family diorang dalam 10 orang pegi makan di kedai mamak..betul tak? tak kiralah tua atau muda, kecil atau besar semua ada disini..kedai ni memang bersifat majmuk dan juga mesra pelangan..

kesimpulannyanya, janganlah memandang sesuatu itu dari kulitnya sahaja..kedai ni memang saya bagi markah 5/5..perfect..sesuai untuk lepak malam-malam sembang dengan member dan bergelak ketawa..tinggalkan rancangan tv ke tepi..disini anda hanya lepak chill dengan member dan makan..memang sempoi..untuk ke tempat ini, saya sediakan peta seperti dibawah yer...











View Larger Map



Sunday, 16 May 2010

pak ngah burger street - seri serdang

hi dan assalamualaikum kepada semua. hari ini saya ke klinik seri kembangan untuk cek kerana sudah lama batuk-batuk..dan malam tadi terasa panas je badan..takut kena h1n1 ataupun influenza a. syukurlah, sampai saja di klinik dan buat pemeriksaan doktor, saya cuma sakit tekak dan doktor hanya bagi saya ubat sakit tekak tanpa ada apa-apa nasihat daripadanya..doktor itu hanya menasihatkan saya supaya makan ubat.saya pun tidak tahu menahu saya sakit apa..mungkin time tu pesakit terlalu ramai dan doktor kelam kabut..

okay, setelah buat review untuk derris burger, kali ni saya nak buat review untuk jiran abang derris kita iaitu pak ngah burger street.

ini adalah komen daripada N : "saya student UPM dan hari2 makan kat Padang. Lunch kat sana, makan malam pon kat sana. Kadang2 perut meragam nak makan burger. Yeay burger kat Padang memang yang terbaik! Tapi saya selalu makan yang hujung sekali sebalh kiri. Pakcik tua tu yg punya. Besss! Mayonis sampai meleleh2." haa..ni lah dia burger pak cik tu..

burger ayam special

pak ngah street burger ni pun kalau tak salah saya memang dah lama dah.. saya beli pun sebab derris burger dah tutup dan ini adalah burger yang terakhir yang dimasak oleh pak ngah. saya pula nak order sosej..tapi sosej dah habis..ada roti sosek sahaja..nak order burger pulak, roti abis...jadi apa boleh buat, burger saya sangat special untuk hari ini iaitu burger ayam special cheese dengan roti sosej..hehehe

burger bersama roti panjang

okay..komen saya untuk burger ini..bagi saya ia biasa sahaja..sayur dia letak terlampau banyak kerana ini habiskan stok sayur untuk hari itu..memang salah caranya tu pak ngah...jadi saya kenalah buang sikit sayurnya..sos pun sama...terlampau banyak..jadi, rasa daging dan rasa telur tu seakan-akan hilang kerana terlampau banyak sos yang diletakknya..untuk orang yang gemarkan sos dan sayur yang banyak, mungkin akan menyukai burger pak ngah..

komen wife saya pula : " burger ini okay..lagi sedap dari burger di serdang raya kerana dia menyukai sos yang banyak.."gila sos"..hehe..tapi masih lagi tidak dapat menandingi derris burger..tapi walau apa apapun, alhamdulillah kerana kami telah pun kenyang dan habis makan burger itu..terima kasih kepada pak ngah burger kerana tutup lambat. untuk pengetahuan semua, kedua-dua kedai burger ini tutup dalam jam 10.30 malam..derris burger mungkin telah habis awal kerana ramai orang membelinya setelah membaca review dari saya..hehehe...

untuk ranking burger terbaik :
  1. derris burger
  2. pak ngah burger street
  3. burger serdang raya
saya akan tambah lagi ranking burger ini pada akan datang yer..hehe..apa-apa cadangan stall burger bolehlah beritahu saya..sekia terima kasih.

Tuesday, 4 May 2010

derris burger - seri serdang

assalamualaikum dan selamat malam....disebabkan rasa mengantuk yang amat sangat, saya rasa kenalah post sebelum saya nak tidur..so, hari ni lokasi makan kami adalah di seri serdang..kebanyakan student upm (universiti putra malaysia) panggil tempat ni dengan nama 'padang'...kenapa padang? saya pun tak tau lah..student-tudent kat sana suka-suki je bagi nama kat tempat tu..hehehe..padahal tempat tu ialah medan selera seri serdang..

medan selera ni dah lama bertapak dekat seri serdang ni..memang dari kecil sampai sekarang, tempat tu memang sentiasa penuh time lunch hour dan dinner time..dekat area tu pulak ada 3 kedai burger..yang memang sentiasa dihati saya dari dulu sampai sekarang ialah derris burger..nama memang komersial habis..mungkin nama owner ni idris..member-member panggil deris..lepas tu jadilah derris burger..stall dia terletak diantara 2 kedai burger yang lain tu..

untuk malam tadi, dinner saya adalah seperti dibawah... sosej ayam special cheese...yum yum...

keju yang dah cair kat tengah-tengah sosej..
menyelerakan???memang pun..memang sodap..harga untuk sosej ayam special cheese ialah RM3.50.
itu menu saya..hehe..wife saya? mula-mula dia kata tak mau makan burger..katanya nampak macam tak best..yelah, first time saya bawak dia makan dekat sini..hihi..tapi selepas beberapa minit kemudia barulah tergerak hatinya untuk join the club..jadi, dia pun berkata pada abang derris kita.. " bang, bagi burger ayam spesel satu "...huhu..nak jugak dia try..selepas beberapa minit, hasilnya adalah seperti dibawah : -

bahagian hadapan burger ini telahpun digigit..harap maaf..
so, kepada sesiapa yang berminat, marilah meramaikan lagi stall-stall tempatan kita...sokonglah industri makanan tempatan dan juga peniaga-peniaga tempatan..

lokasi seri serdang food court ataupun 'PADANG'

View Larger Map

sekian terima kasih..

rgds,
bono

Monday, 3 May 2010

sarapan pagi di stesen minyak

assalamualaikum dan selamat pagi....selamat kembali bekerja selepas cuti hujung minggu...hari ini saya sempat sarapan pagi kerana bangun agak awal..hehe..selalu memang tak sempat lah..kebetulan pulak tu nak isi minyak motor..jadi on the way ke tempat kerja, saya pun pergilah mengisi minyak kerana meter minyak telah cecah pada huruf E..

jadi alang-alang dah ada kat stesen minyak, saya pun teruslah singgah sekali untuk sarapan pagi di stesen minyak..menu untuk pagi ini ialah ron95..RM1.80 per liter..memang kenyang lah minum ni..kenyang sampai ke malam..hehehe..takdelah..sebenarnya saya pergi sarapan di 'on the run cafe'..kenapa saya sarapan disini? ada 3 sebab kerana sedap, murah dan dekat..hehe..dekat cafe ni banyak pilihan makanan sebenarnya..ada nasi ayam, hot dog, mee, sandwich dan macam-macam lagi.

tp pagi ni agak special kerana saya makan nasi lemak daun pisang..tak seperti di cafe-cafe lain ataupun di gerai-gerai nasi lemak yang lain dimana mereka sekerang suka sangat bungkus kat polisterin/bekas plastik..itu semua punca pencemaran..huhuh....ini bungkus pakai daun pisang..bila dah bungkus pakai daun pisang, secara automatik makanan tu akan bau harum semerbak....hehe...benda-benda macam ni lah yang boleh menaikkan nafsu saya untuk makan pagi..


harga nasi lemak ni ialah RM1.20...mahal? dekat sini ada combo meal..beli 2 nasi lemak/mee + air panas hanya RM 2.90.. lagi murah dari saya sarapan dekat kantin tempat kerja..hehe..berbaloi dan air pun sodap-sodap...


lokasi tempat ni adalah pada sesetengah stesen esso yang berdekatan dengan rumah anda semua....sekian, terima kasih..

Sunday, 2 May 2010

old town white coffee - the mines

foodassalamualaikum dan salam sejahtera. erm, hujung minggu ni agak sibuk bagi saya. Family sebelah wife saya datang dari kampung dan datang melawat kami disini. Jadi saya tidak dapat lah untuk mengepos apa-apa kerana terlalu sibuk melayan tetamu.. so setelah semuanya selesai, saya, wife, kakak ipar dan jugak pakcik saya bercadang untuk menonton iron man 2 di pawagam.jadi saya cepat-cepat lah belikan tiket dan hanya satu pawagam je yang kosong iaitu tgv the mines. tiket jam 11 pg..

apa yang saya boleh cakap pasal movie tu ialah, penuh dengan aksi dan kelakar..hehehe..so, sape-sape yang berminat, pegilah tonton..tak rugi...bila dah wayang pagi punya pasal, bangun pulak lambat, jadi memang tak sempat nak sarapan...perut dah lapar dalam wayang..hanya beralaskan popcorn & coke..mane tahan macam ni..habis je movies, tanpa buang masa dan dengan pantasnya saya meluru ke kedai makan yang paling hampir dengan tgv iaitu old town.......bukan old times okay..

klik untuk gambar yang lebih menyelerakan


kalau dekat old town/kopitiam, benda yang wajib di order semestinya dan tidak lain dan tidak bukan ialah roti..dekat kopitiam ni macam-macam jenis roti..tapi kalau yang kat atas tu namenye omega toast..ada lagi..bukan itu sahaja yang wajib..ada lagi satu yang wajib iaitu roti kaya..roti ni yang bestnya terletak dekat mentega dia yang tebal..bila dah termasuk kat dalam mulut, rasa mentega tu memang menusuk..(nama roti kaya, tapi yang mengancamnya mentega..apa daaa)

tak nampak pulak menteganyer

ada lagi........belum habis lagi nihh....tu baru makanan saya...sekarang ni pulak pergi ke makanan yang telah di order oleh wife saya...bendenye macam kuew teow sup.tapi bukan...namenye ialah ipoh chicken ho fan. memang fun lah bende nih.. ada ayam, udang..kuah sup yang agak pekat..dan daun kucai yang di potong-potong...mula-mula saya agak berlagak dengan apa yang saya order, tetapi akhirnya tewas jugak ditangan ho fan itu...

close-up yang menampakkan ayam,udang,daun kucai.

serangan-serangan yang dilakukan untuk menumpaskan saya

ho fan ni memang layan kerana rasanya tidak terlalu masin, tidak terlalu tawar..hanya sedang-sedang..itu yang sedap tu..lepas tu pulak boleh order air xi mut..nak tau apa air xi mut ni??hehe...air ni selalu nampak dekat iklan f&n..iaitu air teh 3 layer..bila telah di-chinese kan jadilah xi mut..

rupa air 'xi mut'
dalam sekelip mata, air ni telah habis walaupun makanan semua tak sampai lagi...itulah pasal..gelojoh sangat.dah kena pau air orang lain..heheh..dekat old town the mines ni overall makanan okay..cuma servis je kurang sebab waiter dia muka macam takda mood je..urm..potong..so ini saja untuk hari ini..hari pun dah lewat..masa untuk tido dan besok udah kerja...assalamualaikum dan salam sejahtera.

nampak?


Thursday, 29 April 2010

stall burger serdang raya

assalamualaikum dan salam sejahtera semua. malam ni tiada apa-apa yang menarik selain daripada pegi pasar beli ikan.hehe..sambil-sambil membeli dan belah, ada pulak seekor anak kucing yang berumur lebih kurang dalam darjah 4..kecik lagi, mengiau-ngiau kelaparan. teringat pulak kucing saya yang dirumah tu..kesian..yang dirumah lupa bagi makan, yang dekat pasar ni pun takda benda nak bagi makan sebab apa yang ada cumalah ikan siakap seberat 1 kilogram dan juga udang saiz L.. takkan nak bagi kot..wife saya beli ngam-ngam untuk masak besok ada tetamu kehormat esok.

klik gambar untuk fullsize


oklah, cerita pasal makan...ini ada satu stall jual burger..memang selalu lah saya beli burger dekat sini..dalam banyak-banyak burger dekat seri kembangan ni, burger ni NO 2 paling sedap....daging memang lembut...macam daging burger mcd rasenya..sos pulak ngam-ngam..tak leleh, tak kering sangat..roti pula di penyek-penyek kan bagi mendapatkan roti yang garing didalam dan lembut diluarannya.

sedap-sedap..macam biasa lah range harga burger kat mana-mana pun, start RM2.00 (biasa). kalau spesel RM2.80..ada pulak DOUBLE SPESEL..memang sodap lah....

klik gambar untuk fullsize
kat sini saya siap bagi lokasinya..nak tau kar mana? area ni betul-betul lah dekat sebelah Tol Sunga Besi. mana la tau korang sesat kat sini, lepas tu lapar plak, lepas tu teringin nak makan burger, bolehlah singgah kat kedai ni. betul-betul terletak depan surau...nak tau kenapa burger ni NO. 2 best dekat seri kembangan????
sebabnya yang NO 1 tu burger yang saya jual lah dulu...hehehe..sekian terima kasih..

^BONO^


ShoutMix chat widget