assalamualaikum dan selamat malam....disebabkan rasa mengantuk yang amat sangat, saya rasa kenalah post sebelum saya nak tidur..so, hari ni lokasi makan kami adalah di seri serdang..kebanyakan student upm (universiti putra malaysia) panggil tempat ni dengan nama 'padang'...kenapa padang? saya pun tak tau lah..student-tudent kat sana suka-suki je bagi nama kat tempat tu..hehehe..padahal tempat tu ialah medan selera seri serdang..
medan selera ni dah lama bertapak dekat seri serdang ni..memang dari kecil sampai sekarang, tempat tu memang sentiasa penuh time lunch hour dan dinner time..dekat area tu pulak ada 3 kedai burger..yang memang sentiasa dihati saya dari dulu sampai sekarang ialah derris burger..nama memang komersial habis..mungkin nama owner ni idris..member-member panggil deris..lepas tu jadilah derris burger..stall dia terletak diantara 2 kedai burger yang lain tu..
untuk malam tadi, dinner saya adalah seperti dibawah... sosej ayam special cheese...yum yum...
keju yang dah cair kat tengah-tengah sosej..
menyelerakan???memang pun..memang sodap..harga untuk sosej ayam special cheese ialah RM3.50.
itu menu saya..hehe..wife saya? mula-mula dia kata tak mau makan burger..katanya nampak macam tak best..yelah, first time saya bawak dia makan dekat sini..hihi..tapi selepas beberapa minit kemudia barulah tergerak hatinya untuk join the club..jadi, dia pun berkata pada abang derris kita.. " bang, bagi burger ayam spesel satu "...huhu..nak jugak dia try..selepas beberapa minit, hasilnya adalah seperti dibawah : -
bahagian hadapan burger ini telahpun digigit..harap maaf..
so, kepada sesiapa yang berminat, marilah meramaikan lagi stall-stall tempatan kita...sokonglah industri makanan tempatan dan juga peniaga-peniaga tempatan..
lokasi seri serdang food court ataupun 'PADANG'
View Larger Map
sekian terima kasih..
rgds,
bono
sedap giler kot...
ReplyDeletesodap..paling sodap kat malaysia..terbaik dari ladang.kikiki
ReplyDeleteair liur meleleh dah ni...sedapnya. yummi!
ReplyDeleteko buat kat area tempat ko je...ces!
ReplyDeletealah..lapa lahhhhhh!
ReplyDeletebagi lah aku promote kampung aku dulu..nnti kang aku promote area suntex plak..hahha
ReplyDeletesaya student UPM dan hari2 makan kat Padang. Lunch kat sana, makan malam pon kat sana. Kadang2 perut meragam nak makan burger. Yeay burger kat Padang memang yang terbaik! Tapi saya selalu makan yang hujung sekali sebalh kiri. Pakcik tua tu yg punya. Besss! Mayonis sampai meleleh2.
ReplyDeleteburger pak ngah street nanti saya bagi review sikit..sebab pengalaman dekat burger pak ngah kureng sikit lah..
ReplyDelete