tinggalkan jejak anda dibawah!

Wednesday, 12 May 2010

sehari di zoo negara

assalamualaikum dan salam sejahtera.apa khabar semua.diharapkan semua baik-baik sahaja.cuma saya sahaja disini yang agak semput.selalu batuk-batuk (bukan h1n1). tak boleh sedup udara yang keluar dari aircond. sedut sahaja, mulalah batuk-batuk saya dibuatnya. apakah ini disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu? adakah lapisan ozon semakin menipis dan membuatkan saya sakit-sakit.

bagaimana pula dengan hidupan-hidupan liar yang lain?adakah haiwan-haiwan yang lain menjadi mangsa kerana kerakusan manusia. anda semua tak kesian ke mereka menjadi mangsa. saya ni memang kesian. benda yang paling senang sekali yang kita boleh bantu ialah mengurangkan penggunaan  tenaga elektrik.bila tenaga kurang, kuranglah pelepasan gas-gas ke udara.hehehe.

okay-okay..bercakap pasal haiwan, saya sempat singgah ke zoo negara.ia adalah kali pertama saya ke zoo negara sepanjang hidup saya. tak pernah-pernah saya pergi tiba-tiba tergerak hati saya untuk mengajak isteri saya dan juga adik ipar saya yang bernama adriana.saya juga sempat membawa gajet foto saya iaitu Zenit 122K SLR buatan Russia.

zOO nEGARA

my wife and adriana (manje)
dapatkah anda melihat flaminggo-flaminggo di belakang itu..cuba bayangkan bila habitatnya musnah..kesian... so, bermulah perjalanan kami mengelilingi zoo negara.. saya akan kongsikan hasil daripada Zenit 122K saya yang hanya menggunakan Film Samsung Color.. warnanya akan jadi agak kekuningan dan akan menampakkan ke-old skoolannya..hehe


zOO nEGARA
manja and zirafah-zirafah peliharaannya

zOO nEGARA
tompok nama diberi

zOO nEGARA
gajah yang sedang memberikan pose yang terbaik. (gajah yang dibelakang yer...bukan yang memegang kipas..hehehe..jangan marah ye isteriku..)

zOO nEGARA
bapa-bapa ayam dan mak ayam..

zOO nEGARA
beruk ini agak agresif.jadi jaga-jaga kepada sesiapa yang membawa anak-anaknya ke zoo negara..tangannya boleh sampai keluar kandang..ia juga mempunyai kuku yang tajam dan hitam..
zOO nEGARA
inilah maskot ambank yang saya jumpa..saya ada tabungnya dirumah..anda ada???

zOO nEGARA
menunggu masa untuk pertunjukkan haiwan sambil apek tua dan cucunya tersenyum riang dibelakang.

zOO nEGARA
sempat menjamu selera..tajaan Maggi Mee Cup. Perisa Kari.

zOO nEGARA
selesai sudah pusing zoo.semua pun sudah kepenatan..sehinggakan adik dibelakang kami menjelirkan lidah...so setakat ini sahaja untuk post ini kerana ada gambar yang dicuci tidak menjadi..hehe.. assalamualaikum dan terima kasih..

* all photos taken by bono using Zenit 122K SLR

2 comments:

  1. agak menarik jugak bwk dak Oni tu tgk binatang, xde la kang ayam dikatanya itik. org duduk kat awan mana ada jmpe ayam. hahahha! idea yg bernas.

    ReplyDelete


ShoutMix chat widget