okay, setelah buat review untuk derris burger, kali ni saya nak buat review untuk jiran abang derris kita iaitu pak ngah burger street.
ini adalah komen daripada N : "saya student UPM dan hari2 makan kat Padang. Lunch kat sana, makan malam pon kat sana. Kadang2 perut meragam nak makan burger. Yeay burger kat Padang memang yang terbaik! Tapi saya selalu makan yang hujung sekali sebalh kiri. Pakcik tua tu yg punya. Besss! Mayonis sampai meleleh2." haa..ni lah dia burger pak cik tu..
burger ayam special
pak ngah street burger ni pun kalau tak salah saya memang dah lama dah.. saya beli pun sebab derris burger dah tutup dan ini adalah burger yang terakhir yang dimasak oleh pak ngah. saya pula nak order sosej..tapi sosej dah habis..ada roti sosek sahaja..nak order burger pulak, roti abis...jadi apa boleh buat, burger saya sangat special untuk hari ini iaitu burger ayam special cheese dengan roti sosej..hehehe
burger bersama roti panjang
okay..komen saya untuk burger ini..bagi saya ia biasa sahaja..sayur dia letak terlampau banyak kerana ini habiskan stok sayur untuk hari itu..memang salah caranya tu pak ngah...jadi saya kenalah buang sikit sayurnya..sos pun sama...terlampau banyak..jadi, rasa daging dan rasa telur tu seakan-akan hilang kerana terlampau banyak sos yang diletakknya..untuk orang yang gemarkan sos dan sayur yang banyak, mungkin akan menyukai burger pak ngah..
komen wife saya pula : " burger ini okay..lagi sedap dari burger di serdang raya kerana dia menyukai sos yang banyak.."gila sos"..hehe..tapi masih lagi tidak dapat menandingi derris burger..tapi walau apa apapun, alhamdulillah kerana kami telah pun kenyang dan habis makan burger itu..terima kasih kepada pak ngah burger kerana tutup lambat. untuk pengetahuan semua, kedua-dua kedai burger ini tutup dalam jam 10.30 malam..derris burger mungkin telah habis awal kerana ramai orang membelinya setelah membaca review dari saya..hehehe...
untuk ranking burger terbaik :
- derris burger
- pak ngah burger street
- burger serdang raya
asik citer pasal burger je. mana tempat nasi lemak best? nasi lemak antarabangsa tak mau!huhuu
ReplyDeleteabes tu semua janji nak belanja makan, tak belanja2..macam mane nak review..hehe
ReplyDeleteaih kan tuan zazuli dah belanja kari kepala ikan. sekali lah tu pakej!
ReplyDeletetapi masalahnya ada orang janji selepas tn zazuli belanja.macam mana nak wat review ni..heh
ReplyDeletelagi satu nak cakap. nak review nasi lemak? kan ada review sarapan pagi di stesen minyak.nanti adalah yang menyusul..
ReplyDeletesaya suhaila anak kepada pakngah burger....mungkin saudara dtg pon sudah lewat kan..so byk benda dah habes...so menu anda tu nampak serba tak kena la kan...hehehe...xpew...kami terima komen membina saudara...next time dtg awal ckit ok...rasa..kali ni tegur la pakngah...insyaAllah pakngah akan memberi saudara good impression...thanx for that comment....
ReplyDeletep/s: paknagah kata, time tu pekerja yg membungkus burger saudara tu masih baru bekerja dalam seminggu...mungkin die masih belum pandai mengagak sukatan sos dan sayur dlm sebijik burger...
hehe..ye btol..burger pak ngah memang SODAPPP!!!!!!!! :)
ReplyDelete