syakir nama diberi
hehe.inilah dia kanak-kanak yang bertuah.memang kalau ingatan dia kuat, sampai bila-bila lah dia akan ingat hari bertuah dia duduk di rumah saya.hehe..syakir ni ialah anak kepada kawan saya yang bernama jamir@jamil.kenapa dia ada di rumah saya? keluarganya telah meninggalkannya kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan.hehehe.
hari yang pertama : syakir sampai di rumah saya. tanpa segan dan silu terus merebahkan badannya lalu tertidur di atas toto yang telah saya bentangkan dihadapan televisyen. 4 jam kemudian, syakir terjaga dari tidurnya sambil meraung-raung memanggil ibu, tapi hanya bertahan beberapa saat sebelum ia merebahkan semula badannya dan menutup mukanya dengan bantal. begitulah aktiviti syakir pada malam hari.
hari kedua : kami bangun seawal pagi dan melihat syakir masih lagi tidur dengan nyenyak. tidak sampai hati kami untuk mengejutkan dia.tapi apakan daya, saya terpaksa kerana isteri saya perlu memandikan dia. apa yang boleh saya buat ialah sambung tidur.hehehe
hari kedua (tengah hari) : setelah menghantar isteri saya ke MESRA... (sekolah memandu) jadi, saya secara solo telah diberi tangungjawab untuk menjaga syakir. jadim saya pun mendudukkan syakir di kerusi bayi yang terdapat dikereta saya dan membawa syakir untuk bersiar-siar. setelah penat bersiar, saya bawa syakir pulang ke rumah sambil memakan keropok yang saya beli untuk syakir. sampai sahaja dirumah, syakir yang telah keletihan terus tidur di tempat yang saya sediakan.
syakir dan darli darki
hari kedua (petang) : pada waktu petang, masa untuk membawa syakir bersiar-siar. kali ini kami membawa syakir ke jusco cheras selatan. setibanya disana, kami belikan syakir bubur ayam mcd yang sungguh menyelerakan. saya hanya membeli buah-buahan kerana telah kenyang melihat syakir makan.selang beberapa minat selepas makan, sesuatu yang luar biasa berlaku. kedengaran satu bunyi yang kuat keluar dari belakang syakir. Ya Allah....syakir kentut. bunyi seperti orang dewasa. kami ketawa terbahak-bahak..selepas kejadian itu, syakir mula menjadi tak keruan..rupanya, syakir telah membuang air besar..kami pun serta-merta membesihkan najis itu.
hari ketiga : seperti biasa, aktiviti syakir bermain-main bersama saya dan juga darli. pada hari ketiga tiada kejadian yang aneh berlaku. keluarga syakir telah pun menelefon kami untuk datang mengambil syakir pulang kerumah. tepat jam 10 malam, keluarga syakir tiba dirumah saya dan membawa syakir pulang. saya sempat bermain dengan syakir sebelum syakir pulang semula kerumahnya.
begitulah kisah saya semasa diberi peluang untuk menjaga syakir. jadi, adakah saya ini seorang bapa yang cool? hehe..jawapannya ada ditangan anda. sekian, terima kasih.
bro advertlet kasi buang sebab itu akan jejaskan nuffnang ko...pasang nuffnang je...boleh dapat macam2...advertlet payment problem
ReplyDeletegebu btl dak syakir tu ye...montel²
ReplyDeletedasyat lah ko ni wan....boleh jadi bapa yang coll n penyayang,,,heheheheupload lagi lah picture yang best...
ReplyDeleteadakah saye seorang mummy yg c00l??
ReplyDeletecool cool...memang cool dan garang..ekekek
ReplyDeleteRespect and that i have a super present: How Much Is A Complete House Renovation house renovation before after
ReplyDelete