apa yang saya boleh cakap pasal movie tu ialah, penuh dengan aksi dan kelakar..hehehe..so, sape-sape yang berminat, pegilah tonton..tak rugi...bila dah wayang pagi punya pasal, bangun pulak lambat, jadi memang tak sempat nak sarapan...perut dah lapar dalam wayang..hanya beralaskan popcorn & coke..mane tahan macam ni..habis je movies, tanpa buang masa dan dengan pantasnya saya meluru ke kedai makan yang paling hampir dengan tgv iaitu old town.......bukan old times okay..
klik untuk gambar yang lebih menyelerakan
kalau dekat old town/kopitiam, benda yang wajib di order semestinya dan tidak lain dan tidak bukan ialah roti..dekat kopitiam ni macam-macam jenis roti..tapi kalau yang kat atas tu namenye omega toast..ada lagi..bukan itu sahaja yang wajib..ada lagi satu yang wajib iaitu roti kaya..roti ni yang bestnya terletak dekat mentega dia yang tebal..bila dah termasuk kat dalam mulut, rasa mentega tu memang menusuk..(nama roti kaya, tapi yang mengancamnya mentega..apa daaa)
tak nampak pulak menteganyer
ada lagi........belum habis lagi nihh....tu baru makanan saya...sekarang ni pulak pergi ke makanan yang telah di order oleh wife saya...bendenye macam kuew teow sup.tapi bukan...namenye ialah ipoh chicken ho fan. memang fun lah bende nih.. ada ayam, udang..kuah sup yang agak pekat..dan daun kucai yang di potong-potong...mula-mula saya agak berlagak dengan apa yang saya order, tetapi akhirnya tewas jugak ditangan ho fan itu...
close-up yang menampakkan ayam,udang,daun kucai.
serangan-serangan yang dilakukan untuk menumpaskan saya
ho fan ni memang layan kerana rasanya tidak terlalu masin, tidak terlalu tawar..hanya sedang-sedang..itu yang sedap tu..lepas tu pulak boleh order air xi mut..nak tau apa air xi mut ni??hehe...air ni selalu nampak dekat iklan f&n..iaitu air teh 3 layer..bila telah di-chinese kan jadilah xi mut..
rupa air 'xi mut'
dalam sekelip mata, air ni telah habis walaupun makanan semua tak sampai lagi...itulah pasal..gelojoh sangat.dah kena pau air orang lain..heheh..dekat old town the mines ni overall makanan okay..cuma servis je kurang sebab waiter dia muka macam takda mood je..urm..potong..so ini saja untuk hari ini..hari pun dah lewat..masa untuk tido dan besok udah kerja...assalamualaikum dan salam sejahtera.
nampak?
leh jd pengkritik makanan dah ni...chaiyok2..
ReplyDelete