penjual rokok sedang memikirkan masa depan
pertama sekali, bagi saya kedai ini sangat istimewa kerana arwah ayah saya selalu bawa kami sekeluarga makan di sini sejak saya di bangku sekolah lagi..iaitu lebih kurang 10 tahun yang lepas..untuk pengetahuan semua juga, semenjak dulu sampailah sekarang kedai ini tidak pernah berubah..pekerja yang saya jumpa 10 tahun lepas, masih lagi bekerja disini dan masih lagi ingat ahli keluarga saya walaupun sudah lama tidak singgah disini. jadi, banyak sangat lah kenangan kami di kedai ini..
yang kedua, servis yang baik..makanan akan sampai dalam masa kurang dari 10 minit untuk makanan yang digoreng..macam roti canai kadang-kadang dah siap masak..nampak macam biasa punya mamak kan??hehe..makanan kat sini bagi saya 90% sedap dan menepati citarasa..daripada roti canai, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, sup kambing/ayam dan macam-macam lagi.semuanya sedap. kepada goblogbyfarah, kalau nak try nasi lemak silalah dtg ke sini kalau sudi ek..kedai mamak jer..
okay, sementara tu nak share la jugak menu saya untuk hari ini yer..makan simple jer..
okay, sementara tu nak share la jugak menu saya untuk hari ini yer..makan simple jer..
air teh ais. sape yang bercadang untuk ke sini, mestilah order teh ais. dah lebih 10 orang saya ajak lepak disini, dan semua order teh ais dan semuanya teruja dengan kesedapan teh aisnya..antara teh ais paling best..
makanan saya..roti canai 2 keping..sekeping tak cukup..sebab sedap..kedai ini sahaja lah saya makan roti canai. kedai mamak yang lain jgn harap..hehe
tak lengkap roti canai kalau takda kari kaki ayam!
menu isteri saya = mee goreng mamak..
dahaga.....
okay, berbalik semula dengan kedai ini..lagi satu yang istimewa kedai ini..walaupun tidak dilengkapi dengan sistem audio video yang canggih dan langganan astro, kedai ini memang tiap-tiap hari penuh dengan orang..selalunya dari jam 9 malam. sememangnya kedai 1Malaysia.. melayu ada, cina ada, india ada, bukan senang nak tengok orang cina bawak family diorang dalam 10 orang pegi makan di kedai mamak..betul tak? tak kiralah tua atau muda, kecil atau besar semua ada disini..kedai ni memang bersifat majmuk dan juga mesra pelangan..
kesimpulannyanya, janganlah memandang sesuatu itu dari kulitnya sahaja..kedai ni memang saya bagi markah 5/5..perfect..sesuai untuk lepak malam-malam sembang dengan member dan bergelak ketawa..tinggalkan rancangan tv ke tepi..disini anda hanya lepak chill dengan member dan makan..memang sempoi..untuk ke tempat ini, saya sediakan peta seperti dibawah yer...
View Larger Map
sedap~~
ReplyDeleteohooo..sweet penah singgah sini..time uma along kat area sg besi ni..mmg sedap roti die..
ReplyDelete^__^
fyna : jgn cakap je...pegi lah!
ReplyDeletesweet : memang botul...sodap sungguh! 5 stars!
erm..sedap tapi horror..haha..dan x disangka2..
ReplyDeleteroti tampal terbaek!
ReplyDeleteAnonymous : horror? memang horror..tempat samseng jalanan.heheh
ReplyDeletehoho saya suka kedai mamak! teh ais kedai mamak terbaik!
ReplyDeleteeee...kaki ayam????!
goblog : kalau taknak kaki ayam, mintak lah leher ayam...
ReplyDeletemalam ni jugak g minum teh tarik!
ReplyDelete