tinggalkan jejak anda dibawah!

Tuesday, 19 April 2011

homemade beef burger

hi, lama dah tak post apa-apa kat blog ni. tak sedar dah setahun dah..hahaha...harini ini saya ingin tunjukkan cara-cara menyediakan homemade beef burger atau dalam bahada malaysianya ialah burger daging buatan rumah...ramuan-ramuan yang diperlukan adalah seperti berikut :

beef patties


  • daging hancur 100gm
  • bawang merah dicincang halus-halus...
  • garam, lada putih, lada hitam secukup rasa..to taste.....


lain-lain

  • bawang kuning, tomato dan keju untuk hiasan.
  • roti bun / roti burger..mana yang ada..asal boleh..
  • tepung gandum, telur dan serbuk roti untuk menyalut daging itu.
bahan-bahan diatas adalah untuk hidangan 2 orang. f.y.i, seketul daging burger yang mempunyai berat 50gm adalah besar...kenyang.....haha..

daging hancur

bawang merah, bawang kuning, tomato dan keju
cara-cara
  • goreng bawang merah sehingga naik baunya...ermmmm....sedapnya..
  • kemudian campurkan bawang yang telah digoreng tadi kedalam daging hancur dan gaulkan dia menggunakan tangan yang suci dan bersih.
  • campurkan garam, lada putih dan lada hitam kedalam ramuan tadi.
  • bentukkan daging burger mengikut citarasa dan gaya anda yang tersendiri.
  • selepas itu letakkan perlahan-lahan daging yang telah dibentuk itu kedalam tepung dan salutkan daging itu dengan tepung gandum itu.
daging yang telah disalut dengan serbuk roti
  • kemudian sapukan telur ke daging berkenaan dan salut daging berkenaan dengan serbuk roti. itu akan menjadikan daging berkenaan mempunyai bahagian luar yang agak rangup ketika dimakan...yumyum..
  • daging sedia untuk digoreng dengan mentega yang sedikit. kurangkan minyak untuk kesihatan..
  • pastikan memasak dengan api yang perlahan.
  • sementara sedang menggoreng daging tadi, bakarkan siap roti dan letakkan keju diatas roti berkenaan. kerana apabila daging siap digoreng, anda boleh terus letakkan daging yang panas tadi diatas keju berkenaan dan ini akan menjadikan keju itu cair...wow!
  • selepas itu sapukan mayonis dan letak hiasan mengikut citarasa anda dan burger sedia untuk dimakan.
hidangan ini sesuai dimakan pada bila-bila masa dan sesuai dihidangkan dengan air fresh oren..
sekian terima kasih.

homemade beef burger (mini patties)
 



Monday, 24 May 2010

kedai mamak maideen - jalan sg besi

assalamualaikum semua..hari ini saya nak share satu tempat ni..tempat ini memang sesuailah untuk tempat kita melepak-lepak dan bersembang sehingga lewat malam. kalau tidak silap saya, kedai ini buka pada jam 6 petang sehinggalah jam 12 malam. apa yang istimewa sangat dengan kedai mamak ni kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain?

penjual rokok sedang memikirkan masa depan



pertama sekali, bagi saya kedai ini sangat istimewa kerana arwah ayah saya selalu bawa kami sekeluarga makan di sini sejak saya di bangku sekolah lagi..iaitu lebih kurang 10 tahun yang lepas..untuk pengetahuan semua juga, semenjak dulu sampailah sekarang kedai ini tidak pernah berubah..pekerja yang saya jumpa 10 tahun lepas, masih lagi bekerja disini dan masih lagi ingat ahli keluarga saya walaupun sudah lama tidak singgah disini. jadi, banyak sangat lah kenangan kami di kedai ini..

yang kedua, servis yang baik..makanan akan sampai dalam masa kurang dari 10 minit untuk makanan yang digoreng..macam roti canai kadang-kadang dah siap masak..nampak macam biasa punya mamak kan??hehe..makanan kat sini bagi saya 90% sedap dan menepati citarasa..daripada roti canai, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, sup kambing/ayam dan macam-macam lagi.semuanya sedap. kepada goblogbyfarah, kalau nak try nasi lemak silalah dtg ke sini kalau sudi ek..kedai mamak jer..

okay, sementara tu nak share la jugak menu saya untuk hari ini yer..makan simple jer..

air teh ais. sape yang bercadang untuk ke sini, mestilah order teh ais. dah lebih 10 orang saya ajak lepak disini, dan semua order teh ais dan semuanya teruja dengan kesedapan teh aisnya..antara teh ais paling best..

 makanan saya..roti canai 2 keping..sekeping tak cukup..sebab sedap..kedai ini sahaja lah saya makan roti canai. kedai mamak yang lain jgn harap..hehe

tak lengkap roti canai kalau takda kari kaki ayam!

menu isteri saya = mee goreng mamak..

dahaga.....

okay, berbalik semula dengan kedai ini..lagi satu yang istimewa kedai ini..walaupun tidak dilengkapi dengan sistem audio video yang canggih dan langganan astro, kedai ini memang tiap-tiap hari penuh dengan orang..selalunya dari jam 9 malam. sememangnya kedai 1Malaysia.. melayu ada, cina ada, india ada, bukan senang nak tengok orang cina bawak family diorang dalam 10 orang pegi makan di kedai mamak..betul tak? tak kiralah tua atau muda, kecil atau besar semua ada disini..kedai ni memang bersifat majmuk dan juga mesra pelangan..

kesimpulannyanya, janganlah memandang sesuatu itu dari kulitnya sahaja..kedai ni memang saya bagi markah 5/5..perfect..sesuai untuk lepak malam-malam sembang dengan member dan bergelak ketawa..tinggalkan rancangan tv ke tepi..disini anda hanya lepak chill dengan member dan makan..memang sempoi..untuk ke tempat ini, saya sediakan peta seperti dibawah yer...











View Larger Map



Friday, 21 May 2010

kanak-kanak riang


CNV000032
inilah kakak kembar saya bersama anaknya..

assalamualaikum semua..batuk masih lagi tak berenti..seksa-seksa..tapi kerja tetap kerja..so, siapakah orang yang berada diatas tadi? dia adalah kakak kembar susuan saya.hehe..inilah kakak saya..disebabkan saya ni menyusu dengan orang lain, maka dengan secara automatiknya adik beradik saya menjadi ramai..syukur alhamdulillah..dari situ lah mungkin saya dapat minat fotografi ni kerana kakak saya yang ini adalah bekas editor akhbar tempatan..bangga-bangga..

so topik kita untuk hari ini adalah 'kanak-kanak riang'..saya ni memanglah agak pendiam, tapi kadang-kadang tak faham kenapalah kanak-kanak suka sangat ikut saya..hehe..time macam ni lah peluang saya untuk melayan karenah kanak-kanak dan kanak-kanak melayan karenah saya..


kIDS
aiman namanya..dan bouncernya bernama sapeni..bukan sapa ni..SAPENI


kIDS

baby girl yang baru lepas nangis..kesian dia..
 

kIDS

aci yang chubby...untuk pengetahuan semua, time ni adalah family day yang dianjurkan oleh kawasan kejiranan pak mentua saya.sebab tu berbilang kaum dan 1Malaysia. family day ini telah pun berlangsung di port dickson dan saya hampir-hampir memenangi pertandingan masukkan benang dalam jarum..hampir-hampir.isk isk isk..

kIDS

apa masalah aiman ni?

kIDS
baca doa makan....

kIDS
kesian kat dia..tak dapat masuk pertandingan mewarna..

kIDS

jeritan batinku....time ni bukan di family day..ini adalah nurlisa yer..

kIDS
lisa oh lisa..pak su ajar buat PEACE...macam ni...

 baru betulllll....

kIDS
nurlisa anda mak su@teacher ira..huhu

kIDS
pose berlagak...

kIDS
sengal-sengal otot

kIDS
heloo.???

kIDS
 taufik yang pemalu...

kamera : Zenit 122K
film : Samsung Color (Negatif)
developed di : Kedai Foto Mega (Desa Setapak)



Sunday, 16 May 2010

pak ngah burger street - seri serdang

hi dan assalamualaikum kepada semua. hari ini saya ke klinik seri kembangan untuk cek kerana sudah lama batuk-batuk..dan malam tadi terasa panas je badan..takut kena h1n1 ataupun influenza a. syukurlah, sampai saja di klinik dan buat pemeriksaan doktor, saya cuma sakit tekak dan doktor hanya bagi saya ubat sakit tekak tanpa ada apa-apa nasihat daripadanya..doktor itu hanya menasihatkan saya supaya makan ubat.saya pun tidak tahu menahu saya sakit apa..mungkin time tu pesakit terlalu ramai dan doktor kelam kabut..

okay, setelah buat review untuk derris burger, kali ni saya nak buat review untuk jiran abang derris kita iaitu pak ngah burger street.

ini adalah komen daripada N : "saya student UPM dan hari2 makan kat Padang. Lunch kat sana, makan malam pon kat sana. Kadang2 perut meragam nak makan burger. Yeay burger kat Padang memang yang terbaik! Tapi saya selalu makan yang hujung sekali sebalh kiri. Pakcik tua tu yg punya. Besss! Mayonis sampai meleleh2." haa..ni lah dia burger pak cik tu..

burger ayam special

pak ngah street burger ni pun kalau tak salah saya memang dah lama dah.. saya beli pun sebab derris burger dah tutup dan ini adalah burger yang terakhir yang dimasak oleh pak ngah. saya pula nak order sosej..tapi sosej dah habis..ada roti sosek sahaja..nak order burger pulak, roti abis...jadi apa boleh buat, burger saya sangat special untuk hari ini iaitu burger ayam special cheese dengan roti sosej..hehehe

burger bersama roti panjang

okay..komen saya untuk burger ini..bagi saya ia biasa sahaja..sayur dia letak terlampau banyak kerana ini habiskan stok sayur untuk hari itu..memang salah caranya tu pak ngah...jadi saya kenalah buang sikit sayurnya..sos pun sama...terlampau banyak..jadi, rasa daging dan rasa telur tu seakan-akan hilang kerana terlampau banyak sos yang diletakknya..untuk orang yang gemarkan sos dan sayur yang banyak, mungkin akan menyukai burger pak ngah..

komen wife saya pula : " burger ini okay..lagi sedap dari burger di serdang raya kerana dia menyukai sos yang banyak.."gila sos"..hehe..tapi masih lagi tidak dapat menandingi derris burger..tapi walau apa apapun, alhamdulillah kerana kami telah pun kenyang dan habis makan burger itu..terima kasih kepada pak ngah burger kerana tutup lambat. untuk pengetahuan semua, kedua-dua kedai burger ini tutup dalam jam 10.30 malam..derris burger mungkin telah habis awal kerana ramai orang membelinya setelah membaca review dari saya..hehehe...

untuk ranking burger terbaik :
  1. derris burger
  2. pak ngah burger street
  3. burger serdang raya
saya akan tambah lagi ranking burger ini pada akan datang yer..hehe..apa-apa cadangan stall burger bolehlah beritahu saya..sekia terima kasih.

Wednesday, 12 May 2010

sehari di zoo negara

assalamualaikum dan salam sejahtera.apa khabar semua.diharapkan semua baik-baik sahaja.cuma saya sahaja disini yang agak semput.selalu batuk-batuk (bukan h1n1). tak boleh sedup udara yang keluar dari aircond. sedut sahaja, mulalah batuk-batuk saya dibuatnya. apakah ini disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu? adakah lapisan ozon semakin menipis dan membuatkan saya sakit-sakit.

bagaimana pula dengan hidupan-hidupan liar yang lain?adakah haiwan-haiwan yang lain menjadi mangsa kerana kerakusan manusia. anda semua tak kesian ke mereka menjadi mangsa. saya ni memang kesian. benda yang paling senang sekali yang kita boleh bantu ialah mengurangkan penggunaan  tenaga elektrik.bila tenaga kurang, kuranglah pelepasan gas-gas ke udara.hehehe.

okay-okay..bercakap pasal haiwan, saya sempat singgah ke zoo negara.ia adalah kali pertama saya ke zoo negara sepanjang hidup saya. tak pernah-pernah saya pergi tiba-tiba tergerak hati saya untuk mengajak isteri saya dan juga adik ipar saya yang bernama adriana.saya juga sempat membawa gajet foto saya iaitu Zenit 122K SLR buatan Russia.

zOO nEGARA

my wife and adriana (manje)
dapatkah anda melihat flaminggo-flaminggo di belakang itu..cuba bayangkan bila habitatnya musnah..kesian... so, bermulah perjalanan kami mengelilingi zoo negara.. saya akan kongsikan hasil daripada Zenit 122K saya yang hanya menggunakan Film Samsung Color.. warnanya akan jadi agak kekuningan dan akan menampakkan ke-old skoolannya..hehe


zOO nEGARA
manja and zirafah-zirafah peliharaannya

zOO nEGARA
tompok nama diberi

zOO nEGARA
gajah yang sedang memberikan pose yang terbaik. (gajah yang dibelakang yer...bukan yang memegang kipas..hehehe..jangan marah ye isteriku..)

zOO nEGARA
bapa-bapa ayam dan mak ayam..

zOO nEGARA
beruk ini agak agresif.jadi jaga-jaga kepada sesiapa yang membawa anak-anaknya ke zoo negara..tangannya boleh sampai keluar kandang..ia juga mempunyai kuku yang tajam dan hitam..
zOO nEGARA
inilah maskot ambank yang saya jumpa..saya ada tabungnya dirumah..anda ada???

zOO nEGARA
menunggu masa untuk pertunjukkan haiwan sambil apek tua dan cucunya tersenyum riang dibelakang.

zOO nEGARA
sempat menjamu selera..tajaan Maggi Mee Cup. Perisa Kari.

zOO nEGARA
selesai sudah pusing zoo.semua pun sudah kepenatan..sehinggakan adik dibelakang kami menjelirkan lidah...so setakat ini sahaja untuk post ini kerana ada gambar yang dicuci tidak menjadi..hehe.. assalamualaikum dan terima kasih..

* all photos taken by bono using Zenit 122K SLR

ShoutMix chat widget